Wednesday, 12 April 2017

Cara Mudah Daftar jadi Pemandu Grabcar Awesome 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hai semua, lama rasanya tak kemas kini blog ini. Maaflah saya sibuk sedikit dan tidak berkesempatan untuk buka blog ini.

Baiklah, saya tak sangka ramai juga yang buka blog ni untuk cari tahu mengenai grabcar dan cara-cara ingin jadi pemandu grabcar. Ramai juga yang rajin hubungi saya samada melalui telefon atau whatapps. 

Entry kali ini saya akan cuba hurai kan persoalan yang ditanya tentang grabcar driver.

Bagi pengetahuan korang Grabcar sudah semakin berkembang maju dan sudah banyak di negeri lain. Kalau dahulu cuma ada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Melaka,Seremban, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuantan. 

Sekarang Grabcar sudah melebarkan sayapnya ke beberapa negeri baharu seperti Langkawi,Miri, Kuala Terengganu dan juga Kota Baharu. 

Maka saya sarankan ambil la peluang ini untuk jana pendapatan sampingam seperti kata PM kata untuk melakukan lebih dari satu kerja. Baiklah dibawah ini saya letakkan soalan yang biasa ditanya mengenai grabcar driver.

Soalan-Soalan yang selalu ditanya:

1. Berapa kelayakan umur untuk jadi pemandu Grabcar?

*18 tahun keatas tetapi wajib mempunyai lesen memandu penuh bukan lesen P.

2. Siapa yang boleh memohon untuk jadi pemandu Grabcar?

*Mereka yang mempunyai IC Malaysia warna biru sahaja dan juga mempunyai lesen memandu penuh sahaja.

3. Saya tiada kereta sendiri tetapi mempunyai kereta ahli keluarga, boleh ke?

*Ya anda boleh menggunakan kereta ahli keluarga dengan keizinan mereka dan anda juga wajib minta mereka masukkan nama anda sebagai pemandu kedua di dalam cover note insurance tuan kereta. Contoh seperti gambar di bawah. 




4. Saya tiada kereta sendiri atau kereta keluarga, tetapi saya berminat ingin jadi pemandu Grabcar, boleh ke?

*Ya, anda boleh juga menjadi pemandu grabcar walau tidak mempunyai kenderaan sendiri. Caranya anda boleh menyewa kereta atau cari kereta sewa dengan syarat anda kena dapatkan surat kebenaran dari tuan penyewa kereta anda contohnya seperti gambar di bawah ini.






5. Berbaloi ke bawa grabcar ni?

*Jawapan saya berbaloi kalau anda rajin. Kerana dalam seminggu bagi negeri yang besar dan memang memerlukan pergangkutan awam anda boleh mencapai hampir 500-2000 dalam satu minggu mengikut berapa banyak trips anda boleh lakukan. Tak berbaloi kalau anda pemalas dan dalam masa yang sama anda menyewa kereta untuk bawa grabcar. Dibawah ini transaction history saya, tak banyak sangat sebab saya bawa ikut mood dan ikut izin suami saya je 😁.




6. Saya tak faham yang bahagian insentif grabcar tu, macam mana ye?

*Tentang insentif ini akan diterangkan lebih lanjut bila anda sudah daftar sebagai pemandu grabcar dan akan dipanggil untuk briefing dan verification imei smartphone anda. Tetapi saya terangkan sedikit sahaja. Insentif ini diberi bila anda berjaya laksanakan trip anda. Jika waktu tu Mega Peak Hour anda dapat 1 trip berjumlah rm10 ringgit dan dalam insentif itu dinyatakan untuk 1 trip anda layak dapat rm25 ringgit maka end of the day Grabcar akan top up lagi rm15 ke dalam account kredit Grabcar anda. Contoh bergambar di bawah ye.





7. Kalau saya tak bawa grabcar walau sudah daftar, ada dikenakan tindakan apa-apa ke?

*Tiada, terpulang pada anda untuk memandu atau tidak. Grabcar tidak rugi apa-apa tetapi anda yang rugi la sebab tidak dapat jana pendapatan tambahan anda. Kalau rajin anda dapat untung tetapi kalau malas makan biskut mayat cicah kopi je la ye.. 😁

8. Macam cara saya nak daftar jadi pemandu grabcar ye?

* Baiklah anda boleh boleh daftar link di bawah ini, jangan risau kalau anda luar dari negeri Melaka, anda tetap boleh daftar menggunakan link dibawah ini dan minta anda meletakan refferel code saya ini untuk membolehkan anda dapat kredit percuma dari grabcar ini code nya MCN8709 seperti contoh gambar dibawah link ini.

                     http://grb.to/melaka


Baiklah saya rasa sampai di sini sahaja penerangan saya. Jikalau anda ada ingin tanya apa-apa soalan mengenai grabcar dan saya boleh tolong jawabkan sila hubungi saya di nombor ini  013 6443014.

Terima kasih kerana sudi membaca. Majulah ekonomi kita dengan pendapatan tambahan grabcar. 😎

No comments:

Post a Comment