Monday, 14 November 2016

Cara Mudah Ingin Mendaftar Sebagai Pemandu Uber Di Melaka dan Seluruh Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ramai yang bertanya pada saya bagaimana cara-cara untuk mendaftar sebagai pemandu uber. Sebelum ini saya sudah ajarkan bagaimana cara mendaftar sebagai pemandu grabcar dan ramai yang telah berjaya. Post saya kali ini, saya kan ajarkan cara mendaftar menjadi pemandu uber. Jika anda mengikut langkah-langkah yang saya berikan, anda akan segera menjadi pemandu uber berdaftar dan sekaligus membolehkan anda memperolehi pendapatan anda sendiri.




Langkah Pertama

Anda perlu klik link di bawah ini dan melakukan pendaftaran online. Isi nama dan maklumat lain yang di minta. Sila pilih bandar yang betul semasa membuat pra-pendaftaran. Jika ingin memandu di Melaka jangan pula mendaftar untuk Kuala Lumpur. Kerana akaun anda hanya akan aktif di bandar mana anda mendaftar. Sehingga November 2016, Uber Malaysia hanya terdapat di 7 buah bandar sahaja iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang, Ipoh, Kota Kinabalu , Kuching dan terkini di Melaka. Setelah itu sila upload semua dokumen diminta. Caranya mudah iaitu anda hanya perlu menambil gambar dokumen atau upload image file. Diikuti dengan mengemaskini maklumat akaun bank kerana Uber bayar guna GlobalPay setiap minggu terus ke akaun anda. Ini adalah link tersebut:


No comments:

Post a Comment