Post kali saya akan ceritakan pengalaman saya menjadi pemandu GC.
Bagi pengetahuan pembaca, saya adalah pemandu GC wanita. ya betul tu, pemandu GC wanita. Ramai orang sekeliling saya memberikan pendapat mereka tentang jadi pemandu GC dan ada juga yang tidak menyokong dan cuba menakutkan saya.
Jujur tulis, iya.. memang saya berasa takut untuk sertai menjadi pemandu GC. Tetapi disebabkan susah untuk mencari kerja berdasarkan status saya sebagai wanita yang berkahwin walaupun ada ijazah,..bertambah dengan nak membayar segala hutang piutang pelajaran, ini jelah caranya nak cari pendapatan sendiri untuk bayar hutang tanpa menyusahkan mr.hubby.
Pertama kali saya dapat tau mengenai grabcar di Melaka ni melalui abang saya, dia pemandu GC dan Uber di JB. So, saya pun daftar la di link ini ;
Lepas tu saya tunggu dapat panggilan atau SMS dari GC untuk datang 'briefing' tentang Grabcar di tempat yang anda pilih. Macam saya di Kota Laksamana Melaka.
Masa saya dapat sms dari GC, saya di minta datang 'briefing' hari Khamis pukul 8 malam. Kebetulan malam tu suami saya kerja, so, saya pergi dengan adik saya. Tetapi disebabkan jalan sesak malam tu, saya sampai lambat dan saya telefon GC Melaka untuk beritahu saya lambat, tetapi mereka cadangkan saya datang another briefing pada hari Sabtu pagi.
Hari Sabtu pagi pukul 10, saya pergi briefing dengan mr.hubby di Kota Laksamana. Saya di minta untuk datang awal 10 minit, ia penting kalau anda belum mendaftar dan memuat naik fail yang diperlukan. Masa saya datang, saya seorang sahaja wanita yang ada dan yang lain semua lelaki. Saya diminta untuk mendaftar dan memuat naik fail seperti gambar kad pengenalan, lesen kereta, cover note insuran yang mesti ada nama anda di link ini
Selepas siap mendaftar, saya masuk bilik briefing dan daftar telefon saya pula. Saya diberitahu bahawa hanya boleh guna satu telefon untuk satu negeri sahaja bermakna kalau saya sudah mendaftar di Melaka, jika saya ingin mendaftar di negeri lain saya wajib ada no lain dan handphone lain untuk negeri itu.
Dalam kelas briefing, saya seorang sahaja wanita, so saya buat muka 'slumber' je. Kelas briefing GC akan terangkan tentang cara GC driver beroperasi dari segi cara terima penumpang, terima bayaran dan semua yang berkaitan dengan aplikasi GC, so sangat penting untuk beri perhatian.
Briefing GC berlangsung dalam 1 jam setengah sahaja masa saya pergi. Lepas habis briefing, pihak GC akan aktifkan akaun anda dalam masa 24 jam sahaja. Waktu saya hari itu, tak sampai dua jam akaun saya sudah di aktif dan saya sudah boleh mula memandu GC.
Sampai di sini sahaja saya ingin menulis sebab rasa macam da panjang da taip. Next post saya akan ceritakan pula pengalaman pertama saya bawa GC.. nantikan dalam Aku Pemandu Grabcar yang Awesome! P2.
Jika anda ingin mendaftar sebagai pemandu GC boleh mendaftar di link ini dan isikan serta wajib upload document yang diperlukan pihak GC. Ini link untuk anda daftar di sini :
p/s : untuk ruangan refferel anda tidak perlu ubah dan anda akan dapat credit percuma dari Grabcar.
p/s : untuk ruangan refferel anda tidak perlu ubah dan anda akan dapat credit percuma dari Grabcar.
Sekian.. Salam sayang dari Pemandu GC yang Awesome!
Sy nk guna gc perempuan utk mnghtr ank sy blk rumah dr sek.....mcmana blh sy hubungi
ReplyDeletesy nk guna grabwanita utk menghantar dan mengambil wife sy pergi blk kerja
ReplyDelete