Hai semua..
Seperti yang saya janjikan dalam post yang lepas, saya akan sambung Aku Pemandu Grabcar Awesome! P2..
Bagi pengetahuan anda, saya mengambil masa seminggu lebih sebelum saya bermula memandu GC. Dari sehari ke sehari saya tangguhkan untuk bawa GC dengan pelbagai alasan saya beri kepada family saya dan juga suami saya. Sebab utama saya tak berani bawa adalah kerana kurang keberanian lagi.. huhu
Lepas seminggu tu, nombor telefon saya dimasukkan ke dalam whatapps group (w.g) GC melaka dan juga chatting group (c.g) GC Melaka.
Lepas dimasukkan dalam w.g tu la, baru timbul keberanian saya kerana dalam group tu baru saya dapat tau yang ada pemandu wanita lain dalam melaka. Tetapi cuma hanya 4 orang sahaja ler.
Dalam g.w tu la saya dapat tahu area mana yang banyak 'ping' untuk pemandu dan area mana yang hot dengan abang T dan kalau boleh elakkan kerana tak nak timbulkan pergaduhan dengan mereka.
Makanya, dua hari selepas dimasukkan ke dalam w.g, saya berani kan diri memandu GC. Usah cakap debaran di hati saya, berdebar bagaikan baru lari 100m..huhu...
Saya keluar rumah pukul 9.30 pagi, then saya lengahkan dengan pergi isi minyak kereta dan kemudian saya pergi sarapan pagi dahulu. Saya ambil masa hampir pukul 11 pagi baru la saya mula aktifkan GC driver saya.
Saya berjalan-jalan di dalam area MITC Melaka sahaja, tetapi sayang tiada ping langsung. So,saya decide ingin pergi ke arah Melaka Central. Masa saya menyusur ingin pergi ke arah bandar, tiba-tiba saya dapat ping pertama saya dari pelajar UTEM Melaka,semangat bercampur dengan debar saya terima job GC tu, tetapi sayang, elok saya sudah pusing ke arah Utem, penumpang GC cancel request dan terpaksa la saya redha je sebab bukan rezeki saya.
Kemudian saya teruskan niat saya ke Melaka Central dan alhamdulillah saya dapat pelanggan pertama saya Indian Malaysia. Mula-mula saya agak kekok dan berdebar sangat dengan saya kurang mahir lagi dengan aplikasi GC. Selepas beberapa minit saya tenangkan diri dan berjaya guna aplikasi GC dengan jayanya..huhu
Selepas selamat hantar penumpang yang pertama, saya terus jalan dengan niat ingin kembali ke MC, dan rezeki saya, lepas saya gerak terus saya dapat ping baru yang berdekata kawasan penumpang pertama.
Penumpang kedua saya merupakan warga asing dari Palestine yang belajar di MMU Melaka. Setiap penumpang saya, saya cuba berborak dengan mereka mengikut keselesaan mereka, kalau saya perasan mereka macam malas berborak, saya akan berdiam diri sahaja.Saya cuma akan tegur waktu masuk dan keluar kereta sahaja.
Disebabkan saya sudah keletihan untuk hari pertama ni, saya malas nak tulis panjang-panjang. Bagi hari pertama saya, saya dapat 4 pelanggan dan 2 cancel request. Semuanya bayar cash dan saya berjaya kumpul 65 ringgit untuk pemanduan selama dari pukul 11.30 am hingga pukul 2.35 pm.
So,itu sahaja kisah saya bagi hari pertama jadi Pemandu Grabcar yang Awesome..
Jika berminat ingin mendaftar sebagai pemandu Grabcar yang Awesome, anda boleh mendaftat di link bawah ni dan pastikan anda isikan ruangan yang ksoong sahaja..
Sekian.. bye dan salam dari Pemandu GC yang Awesome .
No comments:
Post a Comment