Apa itu Grabcar?..
Grabcar adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan kongsi melalui aplikasi Grabcar yang membolehkan penumpang memesan dan memilih perkhidmatan pemandu dan tambang mereka sendiri. Grabcar sudah beberapa tahun bertapak di Malaysia dengan bermula sebagai Grab kemudian MyTeksi dan yang terbaru Grabcar.
Kenapa mesti memilih Grabcar?..
Grabcar menawarkan harga tambang yang pasti dan tepat. Dimana setelah anda 'booking' perkhidmatan Grabcar (GC) menggunakan aplikasi yang disediakan, GC akan memaparkan jumlah tambang yang anda kena bayar tanpa ada caj tersembunyi atau caj tambahan. Jika anda menggunakan promosi kod yang GC kadang-kadang sediakan, anda boleh dapat diskaun tambang dan bahkan boleh jadi percuma tambang anda, menarik bukan.
GC juga menyediakan insurans untuk penggunanya sehingga 6 penumpang untuk satu kereta. Jika berlaku kemalangan anda boleh tuntut dengan GC melalui insurans yang GC sediakan.
Pemandu GC juga adalah pemandu yang terlatih kerana kesemua pemandu GC mempunyai lesen dan kenderaan sendiri untuk layak jadi pemandu GC.
GC juga memberi pilihan kepada penumpang untuk memilih cara bayaran. Sama ada anda ingin bayar menggunakan kad kredit atau debit anda atau anda juga boleh membayar secara tunai. Pilihan di tangan anda.
Meski pun ramai yang kurang pasti dengan perkhidmatan GC kerana tidak yakin dan juga ditakut-takutkan oleh pemandu T, tetapi anda wajib tahu yang anda mempunyai maklumat tentang pemandu anda dan jika berlaku apa-apa anda boleh laporkan ke GC Help dan GC akan bantu anda.
Grabcar Malaysia sudah beroperasi di beberapa negeri seperti :
*Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya
*Negeri Sembilan, Melaka ,Johor
*Penang
*Kuching dan Kota Kinabalu
Download aplikasi Grabcar anda disini. >>>>> https://www.grab.com/my/download/
Jika anda berminat ingin jadi pemandu Grabcar, anda boleh daftar di sini ;
p/s : untuk ruangan refferel anda tidak perlu ubah dan anda akan dapat credit percuma dari Grabcar.
p/s : untuk ruangan refferel anda tidak perlu ubah dan anda akan dapat credit percuma dari Grabcar.
No comments:
Post a Comment