Tuesday, 4 October 2016

Cara-cara nak Jadi Pemandu Grabcar Awesome!

Salam dan hai reader and blogger.

Maaf lama tak post apa-apa sebab sibuk bawa grabcar.huhu.





Okey, post kali ni saya akan beritahu dan terangkan cara-cara bagaimana ingin menjadi pemandu Grabcar.

Sebelum post ini saya ada menceritakan tentang pengalaman saya mendaftar menjadi GC.

Sebelum saya mendaftar Grabcar, saya cuba cari tahu tentang pengalaman-pengalaman pemandu Grabcar terutama perempuan melalui blog. Tapi sayangnya, saya tak jumpa, sama ada saya yang salah tulis atau tak ramai pemandu wanita Grabcar yang menulis blog, so di sini saya ingin kongsi pengalaman saya sebagai pemandu Grabcar perempuan.

Okey, pertama kali saya daftar, saya daftar di laman web grabcar yang dimana ia bukanlah daftar penuh. Ia cuma daftar sementara sahaja untuk dapat nama dan nombor untuk dihuhungi. Masa saya daftar tu, saya tunggu dekat sebulan juga untuk dipanggil hadiri briefing Grabcar.



Seperti yang saya beritahu, di sini saya akan beritahu cara-cara hendak daftar sebagai pemandu GC. 

Okey, ini antara syarat yang anda WAJIB patuhi dan sediakan untuk anda daftar sebagai pemandu GC;

1.Anda wajib berumur 18 tahun ke atas

2.Anda wajib mempunyai kad pengenalan diri Malaysia.

3.Anda wajib mempunyai kenderaan sendiri yang berusia tidak kurang dari keluaran 2010 tetapi jika bawah dari keluaran 2010, anda tetap boleh daftar dan anda juga diwajibkan untuk mendapat inspection process dari pihak Grabcar.

4.Anda wajib mempunyai lesen kenderaan D penuh. Mereka yang masih mempunyai lesen P tidak dibenarkan. 

5.Anda wajib mempunyai cover note insurance yang mempunyai nama anda seperti di bawah ini;


6.Lesen kenderaan anda dan juga roadtax kereta mestilah sudah diperbaharui atau tidak tamat tempoh.

7.Anda juga tidak boleh ada kesalahan trafik lebih dari 3 kesalahan.

8.Anda juga tidak boleh ada rekod jenayah.

9.Bagi pemandu yang berusia lebih 50 tahun yang ingin memohon anda diwajibkan membuat pemeriksaan kesihatan dan mengisi borang kesihatan yang disediakan oleh Grabcar.

Okey di atas adalah syarat wajib anda untuk daftar jadi pemandu Grabcar.

Selepas anda rasa anda layak dan sudah penuhi syarat di atas anda boleh isi borang PENDAFTARAN pemandu grabcar di link yang saya berikan di bawah ini ;


Kemudian di ruangan personal details, bila ditanya dari mana anda dapat tau mengenai Grabcar, minta anda pilih "refferel from driver"  dan kemudian anda boleh letak refferel kod saya iaitu    

                                                                    MCN 8709

Jika anda mengisi refferel kod saya anda akan dapat kredit percuma dari Grabcar.




Okey, jika anda ada sebarang pertanyaan tentang grabcar driver anda boleh hubungi saya di talian whatapps atau telegram di 013 644 3014 nabihah.

Sekian dari saya pemandu grabcar awesome.


p/s; Sila jangan ubah bahagian refferel driver kerana itu membolehkan anda dapat free credit rm10 dari Grabcar. tq




No comments:

Post a Comment