Monday, 14 November 2016

Cara Ingin Daftar Menjadi Pemandu Uber Di Melaka



Hai.. Assalamualaikum...

Hai readers, adakah anda perasan saya sudah mengubah nama tajuk blog saya kepada 'Grabcar and Uber Driver Melaka Awesome'. Haaa.. Untuk pengetahuan anda, uber baru je masuk melaka dalam bulan november ni. So, saya mengambil kesempatan mendaftar menjadi pemandu uber juga.



Mesti pelik kan, boleh ke memandu untuk grabcar dan uber serentak?, bagi saya boleh sahaja. Ini kerana saya buat kedua-duanya, Saya on sahaja dua-dua aplikasi iaitu uber dan grabcar, mana yang masuk dulu, contohnya akaun uber saya dapat penumpang, saya akan terima dan terus tutup sementara akaun grabcar saya dan selesaikan permintaan penumpang uber saya.





Kenapa saya daftar kedua-duanya?, kerana kedua-duanya memberikan pendapatan pada saya. Kenapa mesti saya menolak kan, cuma saya kena bijak mengawalnya la. Jika ditanya pernah ke kedua-duanya dapat pelanggan?, jawab saya, pernah sahaja dan cara saya, saya akan memilih yang mana lebih untung dan memang ia akan memberi kesan kepada rating penerimaan salah satu aplikasi saya, tetapi tidak mengapa kerana ia akan di ubah semula bila hujung minggu.

Berapa saya dapat dalam seminggu bila buat kedua-duanya?, biarlah menjadi rahsia saya, tapi bagi saya sudah cukup memandai dan dapat beli barang-barang yang saya inginkan tanpa perlu minta suami saya.

Kawan-kawan saya ada bertanya, tidak takut ke saya bawa grabcar dan uber?, jawapan yang saya berikan adalah, saya tawakal pada ALLAH sahaja, sebelum mula memandu saya akan baca doa-doa pelindung dan dalam pada masa yang sama juga saya bawa alat pemedih mata saya sebagai langkah berjaga-jaga jika ada penumpang lelaki yang bermasalah dan selebihnya saya bertawakal sahaja.

Okey, itu sahaja update saya kali ini, saya akan ceritakan dan beritahu bagaimana ingin mendaftar sebagai pemandu uber pula.

Jumpa anda di post saya yang seterusnya.

Anda boleh mendaftar terus di link ini :

https://partners.uber.com/i/6tegw9rgue

Kalau anda ingin tau lebih details cara nak mendaftar boleh lihat di post saya seterusnya.. okey lah.. terima kasih kerana membaca.. tata.. 😎😎😎😎

1 comment:

  1. Best casinos in the world to play blackjack, slots and video
    hari-hari-hari-hotel-casino-online-casinos-in-us · 바카라 μ‚¬μ΄νŠΈ blackjack https://sol.edu.kg/ (blackjack) · roulette (no Blackjack casinosites.one Video Poker · Video Poker · Video herzamanindir Poker · Video poker

    ReplyDelete