Monday, 14 November 2016

Cara Mudah Ingin Mendaftar Sebagai Pemandu Uber Di Melaka dan Seluruh Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ramai yang bertanya pada saya bagaimana cara-cara untuk mendaftar sebagai pemandu uber. Sebelum ini saya sudah ajarkan bagaimana cara mendaftar sebagai pemandu grabcar dan ramai yang telah berjaya. Post saya kali ini, saya kan ajarkan cara mendaftar menjadi pemandu uber. Jika anda mengikut langkah-langkah yang saya berikan, anda akan segera menjadi pemandu uber berdaftar dan sekaligus membolehkan anda memperolehi pendapatan anda sendiri.

Cara Ingin Daftar Menjadi Pemandu Uber Di Melaka



Hai.. Assalamualaikum...

Hai readers, adakah anda perasan saya sudah mengubah nama tajuk blog saya kepada 'Grabcar and Uber Driver Melaka Awesome'. Haaa.. Untuk pengetahuan anda, uber baru je masuk melaka dalam bulan november ni. So, saya mengambil kesempatan mendaftar menjadi pemandu uber juga.

Tuesday, 4 October 2016

Cara-cara nak Jadi Pemandu Grabcar Awesome!

Salam dan hai reader and blogger.

Maaf lama tak post apa-apa sebab sibuk bawa grabcar.huhu.

Monday, 26 September 2016

Aku Pemandu Grabcar Awesome! P2

Hai semua..
Seperti yang saya janjikan dalam post yang lepas, saya akan sambung Aku Pemandu Grabcar Awesome! P2..
Bagi pengetahuan anda, saya mengambil masa seminggu lebih sebelum saya bermula memandu GC. Dari sehari ke sehari saya tangguhkan untuk bawa GC dengan pelbagai alasan saya beri kepada family saya dan juga suami saya. Sebab utama saya tak berani bawa adalah kerana kurang keberanian lagi.. huhu
screenshot_2016-09-26-23-34-27

Aku Pemandu Grabcar yang Awesome! P.1

Post kali saya akan ceritakan pengalaman saya menjadi pemandu GC.
Bagi pengetahuan pembaca, saya adalah pemandu GC wanita. ya betul tu, pemandu GC wanita. Ramai orang sekeliling saya memberikan pendapat mereka tentang jadi pemandu GC dan ada juga yang tidak menyokong dan cuba menakutkan saya.
Jujur tulis, iya.. memang saya berasa takut untuk sertai menjadi pemandu GC. Tetapi disebabkan susah untuk mencari kerja berdasarkan status saya sebagai wanita yang berkahwin walaupun ada ijazah,..bertambah dengan nak membayar segala hutang piutang pelajaran, ini jelah caranya nak cari pendapatan sendiri untuk bayar hutang tanpa menyusahkan mr.hubby.
picsart_09-26-09-33-341

Apa itu Grabcar??

Apa itu Grabcar?..
Grabcar adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan kongsi melalui aplikasi Grabcar yang membolehkan penumpang memesan dan memilih perkhidmatan pemandu dan tambang mereka sendiri. Grabcar sudah beberapa tahun bertapak di Malaysia dengan bermula sebagai Grab kemudian MyTeksi dan yang terbaru Grabcar.
gc

Kisah Pemandu Grabcar Awesome!


Blog ini akan memaparkan kisah saya menjadi pemandu Grabcar Perempuan yang Awesome.Semua cerita adalah yang benar melainkan yang benar sahaja. Dilarang keras mengtiru dan menampal didinding orang lain. Sekian